Thursday 15 October 2015

Argan Oil

Thursday 15 October 2015
The only product im using now is MORA ESSENTIAL by MIRA FILZAH.

seperti yang anda semua maklum, minyak argan ini sudah lama digunakan bagi tujuan kecantikkan di Morocco. terima kasih pada Mira filzah dan Molkhan, iaitu Founder dan co-founder kerana telah memudahkan kita dapatkan 100% pure minyak argan. yang istimewanya tentang MORA ni dia organic dan selamat untuk semua jenis kulit dan banyak khasiatnya :D


cara penggunaan 
(jangan lupa baca bismillah and salawat hehe)
1. cuci muka dengan bersih
2. keringkan
3. titskan minyak argan dijari
4. ratakan ke seluruh wajah

overall comment: suka, dan untuk pengetahuan korang minyak argan ini sungguh wangi dan teksturnya juga sangat lightweight,  tak macam minyak masak tu. nama je minyak tapi just nice ;D and boleh digunakan sebagai toner, base makeup ataupun mosturizer.. bertujuan melembapkan kulit wajah dan menyihatkan kulit.

RM 60 untuk 15 ml huhu

mora cleanser belum cuba lagi.. hemm sedih sebab belum bisa memiliki..cewah huhu..
Mora Cleanser

Wednesday 14 October 2015

isu kebanjiran warga asing

Wednesday 14 October 2015
hai korang, tiba-tiba rasa nak share ilmu ni. ilmu hubungan antarabangsa yang diperolehi daripada Sir Bad. Nama beliau Badrul sebenornya.. okay macam ni.

korang mesti tak suka dengan kehadiran warga asing yang membanjiri negara kita kan? tapi kenapa kerajaan masih membenarkan mereka masuk? (yelah, kalau tak sekat tu maknanya membenarkan lah kan?) okay bismillah..

negara2 maju, seperti US, Japan, dan lain2.. mereka mencari tempat atau negara yang dapat menyediakan tenaga buruh yang murah sebagai pelaburan dan hasil yang lebih lumayan. Dahulu nya, Malaysia memang antara sebuah negara yang sesuai.. zaman Tun Mahathir dulu, banyak kilang2 yang masuk dan ramai juga rakyat negara kita mendapat peluang pekerjaan..

akan tetapi, berlaku peredaran masa dan peningkatan teknologi dan sebagainya. Rakyat2 malaysia juga meningkat dari segi education. mereka sudah berpendidikan dan "harga" mereka sudah meningkat. Oleh hal yang demikian, sudah tidak relevan lagi, kilang2 tersebut untuk stay di negara kita ini. sebab, harga buruh sudah meningkat,

Negara kita juga tak nak rugi, xnak kilang2 yang jadikan sumber pendapatan negara turut lari...jadi kita benarkan warga asing untuk berkeja disini untuk menggantikan buruh2 malaysia yang sudah "mahal" hihihihi...

untuk mendapatkan sesuatu, kita harus melepaskan sesuatu... jika salah fahaman saya ini, minta dibetulkan. terima kasih :D

Saturday 10 October 2015

kecilkan pori di wajah

Saturday 10 October 2015
okay korang, aku dah cuba tips2 yang aku dapat from Sheikh Google tentang kecilkan pori di kulit wajah secara semula jadi. yes alhamdulillah memang berkesan... tapi sayang, sementara je rupanya. kena selalu dan rajin buat..(tapi percayalah, omong kosong je) even dah kecik pun still kena buat. nak jadi cantik ni memang memenatkan. lama-lama kedut jugakkk! yang penting kena rajin cuci muka (aku pun malas hehehe)

okay, bukan lah nak cantik sangat macam barbie..jap, cantik ke barbie ? hahaha... sekadar sedap mata memandang, xlah nampak macam kawah bulan. uish sensetip
rindu muka zaman baby



banyak juga tips dia, tapi aku cuba tiga ni je sebab senang nak dapat jugak pon... hasilnya memang terus dapat kat situ jugak tau ! memang seronok la hehe

1. sapukan perahan lemon diwajah

2. Tuam dengan ais

3. Sapu madu buat macam scrub


nak cuba, cuba lah.. mmg berkesan dan sangat seronok. cuma betul juga yang pori tu memang takkan selamanya mengecil.

p/s: kalau amalkan lemon tu, susah sikit sebab xleh direct kena cahaya matahari. amboi banyak pulak pantang larang nya. hukhuk. okay sekian dulu

Thursday 8 October 2015

throwback Johny's

Thursday 8 October 2015
since we pursue our degree, we all from Asasi Merbok totally berpisah and pergi mencari haluan masing2.. harini 3 makhluk ALLAH ni datang SEREMBAN....rindunya masih sangat kuat dan thanks Hafiz Yatin that come from very far far away hahaha, dari terengganu, Azhari Ahmad from Shah Alam, dan Azreenadia from Perak turun ke seremban untuk berjumpa weols yang ramai2 di UiTM Seremban 3..

we gais appreciate your visit, made our day :)





thanks for coming orang2 jauh.. lots of love xoxo

Friday 18 September 2015

hubungan

Friday 18 September 2015
register to be in  kelas International Relation indeed menyakitkan kepala especially kepada aku yang kurang pengetahuan am dan politik. agak susah nak jawab soalan2 yang keluar dari mulut sir tu. hmm selepas muhasabah diri dan yes, teruk sangat level aku ni.. aku pun surf teverything that he mentioned in class.. such as left and right political party, the spectrum, the theory, political ideology by many thinker as such karl marx, adam smith and many more.

Oooo....

Also, about Government Link Company.. masa sem 1 ada belajar dah tentang privatisation, which nak reduce procedures2 tok nenek and increase the technology that will bring advantages to the company. seperti increase effectiveness and buang all the bureaucracy yang menyusahkan dan mengusutkan. but today, i find it more than that. yes, im proud of myself sbb nampak la berkembang juga otak tu.

lagi satu, margaret tatcher. finally aku tengok juga movie Iron Lady (2012) itu.. dan i can see better than reading. but reading is always the best okay. cuma movie is for better understanding and baik untuk kuatkan ingatan sebab you can see the visualisation okay.

dan aku cuba rujuk balik negara2 yang masih mengamalkan monarki dan adakah mereka guna presidential or parliamentary sytem. so basically, sir cakap bila mana ada pilihan raya untuk presiden so automatic kita boleh tahu dia ialah presidential. not necessary all republican country using presidential system. contohnya, negara Singapura. Am i correct ?

i also watched Queen Elizabeth and Queen Victoria full documentary, i learn their history and all. i find it very interesting and worth watching.



Friday 11 September 2015

Apa itu Setiausaha Syarikat ?

Friday 11 September 2015
Salam, okay hari ni kita sembang ilmiah, sembang kerjaya insyaAllah. Mula-mula isi course pentadbiran korporat ni, aku pun tak tahu untuk apa, cuma yang menarik minat aku nama fakulti la kot. (Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi). lagipun aku kan masa tu lepasan Asasi Undang-Undang, jadi kecenderungan tu lebih pada undang-undang dan polisi. lebih kurang gitu la. sebenarnya masa tu nak jugak hubungan antarabangsa. tapi tak pelah, tak baik tamak. haha

okay, course ni ialah preparation untuk melahirkan bakal-bakal setiausaha syarikat. (waktu menulis post ni, aku masih lagi belajar dan belajar so sebarang kesalahan mintak tegur ye) terima kasih in advance !

so apa itu Setiausaha Syarikat ? jangan confius dengan setiausaha bos ye.
(pinjam eh Pn Ainon)
penting tauu

in fact, setiap syarikat mesti ada sekurang-kurang nya seorang setiausaha syarikat. Setiausaha Syarikat ni diperlukan untuk mengesahkan segala dokumen syarikat supaya sah disisi undang-undang. So, penting lah kan untuk orang yang duduk pada posisi ini untuk mengetahui selok-belok AOA dan MOA syarikat masing-masing. Selain tu, handle meeting. tak kisah la AGM/ meeting luar biasa. ha hebat kan? setiausaha syarikat ni bukan saja kena pandai law tapi jugak pandai baca penyata akaun semua. Peranan & Tanggungjawab setiausaha syarikat berubah dari masa ke semasa mengikut perkembangan industri dan sebagainya. untuk huraian atau info lebih lanjut, sila pergi ke laman web yang lebih ber authority. haha. entry ni untuk kesedaran tuan blog khususnya, supaya dia tahu ke mana dia melangkah dan apa yang dia belajar.

Sekian, wassalam


Wednesday 9 September 2015

a break

Wednesday 9 September 2015
alhamdulillah. after dua hari busy sebab kelas packed sgt sampai pkl 6 dan 7 dan penat dan real class don't even start dan wow. really cant imagine how tough it gonna be. okay so don't

untuk lecture IR smalam, sir Badrol tu emmm, beliau bijak. the rest no comment.

--off record--

harini okay-okay sahaja since hanya kelas pagi dari pkul 8 sehingga 12 dan kelas pun relax saja. ehem CTU bersama-sama ustaz Nasif Sidquiee Pauzi.

so after habis class ustaz, terus balik rumah dan ambik baju pergi mendobi dan lunch terus mee goreng fareed. lega baju kotor semua dah basuh, dan borang PTPTN pun tadi dah minta Dr Norwati Hj Roslim untuk sign sebagai saksi. blabla done.

dalam perjalanan menyiapkan summary untuk ENT 530. semoga lancar, aamin

Monday 7 September 2015

what a day

Monday 7 September 2015
harini first day class get started, and alhamdulillah everything went well. class pertama masuk dah dapat assignment pertama and kena submit next week. great! then International Relation with sir Muhydin...best juga, rasa excited nak explore and learn this subject more. habis class sesi pagi

next, sesi petang dimulakan dengan ELC. what can i tell you now, dr nampak sgt dedicated, energetic and berjaya tarik perhatian untuk class pertama ni. cant wait for next class with her. then class account dengan miss myza. sama lecturer dari sem lepas. hopefully account this sem will be better than last sem. huhu

what a day.

penat juga harini...sebab pulun cari jurnal and try to siapkan sikit summarisation tu. sbb my time is not meant to be wasted. kemudian peningkan kepala dengan printer ni. kenapa complicated sgt tak tau ke kita penat stress dan nak print borang PTPTN ?

petang ini diakhiri dengan sebabak drama dari emak tuan rumah sewa. tak tau mana silapnya cuma blurgh. i dont give a damn.

hope can do well through out this semester.

Sunday 6 September 2015

a day before class

Sunday 6 September 2015
done first night kat seremban lol. so harini ingat plan nak beli barang lagi. barang makanan as such since peti ais pun dah ado hehe. alhamdulillah. nikmat~ bukan semua orang bernasib baik seperti aku and im very grateful for that. insyaAllah akan digunakan semua kemudahan yang diberikan dengan terbaik sekali.

well, seperti kebiasaan nya, start saja musim baru..mesti ada azam baru. so for this sem, i promise to work harder, learn more play less. start managing myself secara betul, dan tersusun. i want everything is in order. 

selain tu, aku juga nak mengamalkan hidup sihat seperti memulakan senaman dan sedikit aktiviti regangan *perhaps* wink wink. bawa air ke kelas dan banyyakan melangkah ke sana sini. huhu. optimis nya oh well, permulaan sem... takpe, aku nak beroptimis sepanjang sem ! ini azam baru! xD


Thursday 3 September 2015

Happy Anniversary mom and dad

Thursday 3 September 2015
Every year I have watched my parents go through life together. They have stuck together through thick and thin. That kind of love teaches you something about life, but it also shows you the depth of the human heart is endless. I admire parents for everything that they do for one another and everything that they have done for me as their daughter.

I am blessed to be the daughter of two people who love one another so much. They have worked on their relationship for many years and shown me what it means to always be there for someone you love.


My parents are role models for me. Their love is unconditional and enduring. Despite any challenges, they have always shown me that they can overcome anything together. That kind of love is more than the strength of a person, but the strength in a bond that is beautiful and kind


For every anniversary my parents have shared, they have shared much more laughter. So today we may celebrate another year, but their love is stronger than today. It’s stronger than a lifetime.


Happy Anniversary.

( September 3rd)



Wednesday 2 September 2015

New Life !

Wednesday 2 September 2015
alhamdulillah done register course. new life ahead


DEAN'S LIST HERE I COME :D

Tuesday 1 September 2015

September First

Tuesday 1 September 2015
congrats my dear blog, 2 months already.
yup, this is not my first blog
the seventh.. perhaps?
well, suka hati lah

supposedly, register course skrg
since student portal system down,
cyberattack.
sounds powerful *right*
so kita hanya dibolehkan untuk try daftar esok

thanks Syeera and Dhabit
for the short visit just now
really appreciate it
goodluck for next semester
go for Dean List !


Monday 31 August 2015

Happy Independence Day Malaysia !

Monday 31 August 2015
merdeka ! (7x)
some might not understand the real meaning of independent

to be free
to be able to stand on its own
not controlled by others
not influenced by other opinion, view, and conduct
to stay free without any oppression
and to maintain its peace

Until today, we Malaysians 
are still living happily under one roof 
and that is the spirit 
we are talking about on this special 58th Merdeka Day!

proud to be Malaysian




Friday 28 August 2015

don't belong here

Friday 28 August 2015
next week will be the week i go back to Seremban
the whole month just went like that
without i'm realised
suddenly its gone

i want to go for holiday really bad
i dont know what stopping us..and...
when is the perfect time to go for holiday??
you tell me

this year
is the only year
we not going to anywhere yet
its end of AUGUST everyone!
like another 3 months
before 2015 ends huhuhu

i really hope that we could make it
ANYTIME
because i need holiday guys
a vacation
its sunnah anyway.

anywhere. anytime. anyhow

kenapa bibir kering :(

Dua tiga hari ni aku perasan bibir makin kering.. tapi xpasti kenapa sebab aku memang rajin minum air(huahuahua) and tak pakai lipstik pun..ada la guna sekali dua seumur hidup.. so ini sangat merisaukan huhu.. bukan takat kering biasa2.. ada la jugak luka sikit.. hmm kenapa ni :(

then aku google la sebab2 bibir kering.. so these are the reasons

1. suhu panas melampau..

2. salah pilih minuman

3. radang pada makanan/lipstik

4. stress/ kepenatan


Finally, ada jawapan yang menyedapkan hati. maybe stress dan kepenatan sebab tak buat apa-apa. Free sangat hidup ni. luls.

semoga aku cepat sembuh. Aminn haha

Thursday 27 August 2015

That Paranoid

Thursday 27 August 2015
how to decide he/she is your friend
or he/she isn't
on the surface, friendship is easy
but we all know
it is not that easy.

like my lecturer always said..

             "its hard but its not that hard"

more or less
friendship is like that.

i WAS a good friend to somebody or someone or whatever
until get burned in the past
since then
i do believe i would never have best friend anymore
i am very cold towards every person

but who am i to say
He knows better

He gave me friends
good friends
named Syaheera Syuhada, Athirah Hassan and Ayu Kamal Ariffin
they concern about me, we have a good time together and
good memories, that i shall keep until today

when I go to university
He gave me more like 7 best friends.
crazy isn't ?
those seven, you know who you are
and i love all of you so much
thanks for being my friends.

Tuesday 25 August 2015

miracles do happen

Tuesday 25 August 2015
my kittens are home, safe and sound.

to get inspired

i really hope that i could be more rational
determine, competitive, and always be positive
towards the life
so that i can enjoy my life
live it to the fullest

with the negative thought and negative behaviour
i can't go anywhere
people will hate me
and i can't succeed in anything
regardless of my relationships with anyone
it will never be easy

not long after that
i realised
it all controls by me
my mind..
it will never end if you keep giving excuses
i mean
do something!
its for your own good

its okay to feeling down sometime
at the end of the day, you know you will be fine

Tuesday 11 August 2015

Result

Tuesday 11 August 2015
debaran kian terasa, mohon maaf dipinta, mencuci hening dosa huhu.

jumaat (14/08/2015) hari yang mendebarkan buat kami seluruhnya pelajar degree UiTM sebab result ktorang nak keluar. 

what ?

yes, dia nak keluar. *sobs*

doakan kami #teampelajarUiTM mendapat keputusan yang colour-colour, agar dapat mewarnai hari orang tua kami on that day lol. sampai lah next result pulak huhu. Dijangka akan mengalami this kind of heart attack day like another 4 times sebab lagi 4 semester. hambik kau.

mari baca ni, semoga Kau kurniakan kecemerlangan kepada tuan blog ini serta rakan-rakannya dan #teampelajarUiTM lain. amin~ heheh



keep calm (I SAID KIP KAM!) and lets hope that exam result will be GOOD :D

UPU

The UPU result has come out today! finally, setelah sekian lama. (dorang yang tunggu, tapi saya memahami)

akak-akak abang abang yang tak terlibat dengan UPU pun excited (just like me). harini jugak dorang beramai-ramai nak share #tipsmasukU haha

let us do some throwback, shall we?

my UPU result sangat menarik sebab mengikut citarasa dan keinginan saya (alhamdulillah)

Asasi Undang-Undang UiTM, meh meh

seronok sangat dua sem tu, i enjoyed every momment there. kawan2 semua sangat awesome, fabulous, fantastic oh yeah. siapa yang dapat sana sila prepare mental and fizikal sebab kita kan nak berseronok dengan duit elaun! ok tak...

kita akan study betul2! (ni version yang lebih tepat dan benar)


just kalau asasi law ni, pastikan MUET korang band5 terus lah. huhuhu. senang cerita (nak muntah sangat dah). graduate degreee dengan mudah dan jayanya huhuhu. jangan terkandas hokay. kesan dia agak lama. sakitnya tuh disini.

sebab korang pun masuk degree bulan 9 ni kan, kami #teamserapanUiTM so merasa UPU masa asasi jelah :)

i guess no #tipsmasukU from me.. just do your best and perform in your study. InsyaAllah everything will be fine.



Monday 10 August 2015

ADHD

Monday 10 August 2015
is it me who too sensitive ? overreact and take everything personally

or he/she just simply do not care. (a jerk)

i tried to be positive and accept whatever he/she saying or doing

certain, okay lah. most of them are okay.

just part yang dia pun sepatutnya tahu, like aipp amira will definitely hate this.

so dont do it !














maybe i suffered from ADHD






sebab extra sensitive


(another puisi from me...in english)

Sunday 9 August 2015

penuh akhirnya kosong

Sunday 9 August 2015
kecewa, frust, tak puas hati

buang, buang dan buang. ignore semua.

sampai hilang di ingatan. akhirnya lupa. tapi sakit tetap ada

sumpah.

apa yang buat aku sedih? aku lupa.

tapi tetap terasa sampai wujudlah entri ni.

jangan tanya pasal ni, acah2 ambil tahu. sebab kalau kau serius ambil tahu, tak wujud lah post ni.

sekian,


(pandai juga aku bikin puisi hahaha)

Saturday 8 August 2015

pelan pengajian pentadbiran korporat (AM 225)

Saturday 8 August 2015

hai, saya pasti ramai pelajar uitm degree sudah mula ambil kisah tentang kuliah, mungkin sebab bosan dapat cuti yang agak lama :P

jiran sebelah saya pun komen "amboi, lamanya cuti..." (jeles la tu huhuhu) dan entri ni khas untuk housmate saya yang nak daftar kursus online (nama dia syafawati, masih single)..... ok, information ini adalah dari panduan pendaftaran yang diberi semasa orientasi masuk degree dulu tu, hopefully masih releven dengan sekarang ni.


  • Kursus elektif mengikut konsep 'first come first serve' dengan kuota yang telah ditetapkan. tiada penambahan kuota dibuat
  • Sila pastikan subjek didaftarkan di kelas yang betul, sebarang permasalahan sila berjumpa dengan KPP (ketua pusat pengajian)
  • Tidak dibenarkan ambil 2 subjek ELC dalam satu semester
  • Dinasihatkan mengikut jam kredit yang telah ditetapkan didalam peraturan akademik pindaan 2013: iaitu 17-23jam kredit. (tertakluk kepada pindaan yang diluluskan oleh Jwatankuasa Akademik Fakulti)
  • Borang pencualian kredit perlu disertakan bersama sama transkrip asasi/diploma.
  • Make sure lah setiap subjek tu semua kelas sama supaya tak susahkan diri dan orang lain huhuhu.

Bahagian 1
  1. Introduction to Public Administration (ADS 404)
  2. Management Principles and Practices (ADS 460)
  3. Intermediate Financial Accounting & Reporting (ACC 406)
  4. Malaysian Legal Principles (LAW 445)
  5. Business Mathematics (MAT 402)
  6. Tamadun Islam dan Asia Tenggara (CTU 551)
  7. Prepatory College English (ELC 400)*student Asasi dapat pengecualian
  8. Co-Curriculum
jumlah kredit: 20

Bahagian 2
  1. Introduction to Public Sector Quality Management (ADS 410)
  2. Industrial Relations (ADS 465)
  3. Cost and Management Accounting (ACC 416)
  4. Commercial Law (LAW 439)
  5. Statistics for Business and Social Sciences (STA 404)
  6. Economics (ECO 415)
  7. Co-Curriculum
jumlah kredit: 19

Bahagian 3
  1. Organisational Behaviour (ADM 501)
  2. Financial and Management Accounting (ACC 466)
  3. Advanced Business Law (LAW 503)
  4. Principles of Entrepreneurship (ENT 530)
  5. Sejarah Malaysia (CTU 555)
  6. English for Critical Academic Writing (ELC 501)
  7. Third Language I
  8. Co-Curriculum
  9. Elective
    • Social Marketing (ADS 402)
    • Quality Management (ADM 510)
    • International Relations (ADS 510)
    • Electronic Government (ADS 556)
jumlah kredit: 22

Bahagian 4
  1. Human Resource Management (ADM 551)
  2. Management Accounting (ACC 516)
  3. Malaysian Company Law (LAW 610)
  4. Management Information System (CSC 408)
  5. Public Relations (PRO 458)
  6. English for Oral Presentation (ELC 590)
  7. Third Language II
  8. Elective
    • Knowledge Management (ADS 503)
    • Advanced Industrial Relations (ADS 517)
    • Innovation management (ADS 557)
    • Southeast Asian Affairs (ADS 560)
jumlah kredit: 23

Bahagian 5
  1. International Business Environment (ADM 602)
  2. Company Secretarial Practice I (ADM 609)
  3. Taxation I (ACC 426)
  4. Advanced Financial Accounting & Reporting (ACC 506)
  5. Meetings and Discussion (EWC 663)
  6. Third Language III
  7. Elective
    • Service Management (ADM 570)
    • Managing Change (ADS 607)
    • Fundamentals of Research and Data Analysis (ADS 651)
    • Social Security and Employee Benefits Admin (ADM 653)
jumlah kredit: 20

Bahagian 6
  1. Taxation II (ACC 526)
  2. Corporate Strategic Management (ADM 650)
  3. Company Secretarial Practice II (ADM 657)
  4. Corporate Finance (ADM 658)
  5. Corporate Governance & Ethics (ADM  659)
  6. Practical Training (ADS 667)
jumlah kredit: 23


pelan ini disediakan oleh: Pn Sharifah Fatihah Syed Mohd Fuzi
KPP Pentadbiran Korporat (AM 225)
UiTM Kampus Negeri Sembilan
Office No: 06-6342106

Friday 7 August 2015

LAPAR

Friday 7 August 2015
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


hai. siapa setuju kalau stay dkt rumah tak pernah kebuluran? hehe

saya setuju sangat2. Asalkan kita ni bijak menggunakan apa saja ingredient2 kat dapur tu. even cili padi pun boleh jadi satu hidangan nak.

janganlah kalau mak, mama, ibu tak masak satu haritu, kita hilang arah, hilang oksigen dan terputus bekalan hayat. (ni untuk anak dara yang tak reti ke dapur selalu)

okeh, saya akan share kan beberapa menu mudah dan ringkas dengan bahan yang terhad hehe. poyo je :P

# 1. sambal
okey ini yang saya katakan tadi, even dengan cili je kita boleh hasilkan satu hidangan iaitu sambal. siapa tak suka sambal? takde kan. yang orang duk risau pedas tak pedas. kita yang masak, kita kawal lah kepedasan tu. hehe. (tahu kan mcm mana nak masak sambal, make sure pecah minyak ye)

#2. ikan bilis/ ikan masin
ikan bilis ni sedap kalau digoreng bukan? makan lah dengan sambal tadi tu... mesti ada jugak stok ikan bilis belum bergoreng kan? so be creative. jangan kata takde benda untuk dimakan. mesti ada punyaaa huhu.

#3. telur ayam
ini paling legend dan menjadi kegemaran hampir semua orang, dari muda hinggalah ke tua. kadang2 simple sangat nasi telur kicap tapi tu lah yang buat tambah dua pinggan tu haha. selain kicap,kalau rajin sikit makan dengan sambal atau sos cili.

#4. Pes tomyam/kiub2 bilis
ni gunanya untuk buat kuah. takkan lah kalau seminggu duduk rumah sewa tu, seminggu tu lah awak awak semua bedal nasi goreng telur hari2. tahu tak makan telur hari2 ni boleh menggemukkan ? huhuhu.. sesekali tu buat lah tomyam sayur ke sup sayur ke. kan? 

#5. goreng nasi/kuewteow/mee itu ><
ataupun kita gorengkan nasi tu jadi nasi goreng.. yummy.. tumis lah bawang dan rencah sendiri. jangan ingat perencah yang jual kat kedai tu je boleh buat nasi goreng ok. huhu

#6. ayam/ikan/sotong/udang bakar
ini memang favourite saya! masa saya belum pandai memasak hidangan yang berkuah dan vogue2 tu, saya ambil langkah mudah saja. perapkan ayam dengan serbuk kari dan kemudian grill kan selama 30 minit. lepas tu terus makan! nyum3..sedap pun sedap, masak sudah tentu!

#7. salad
ini potong2 je dan tabur kan mayonis weee... favourite saya, salad potato.. rebus je kentang sampai lembut and tabur sayur-2sayuran, perah lemon, gaul dengan mayonis letak daun2 parsely, atau bawang and tadaaa! ready to eat! :D

#8. roti bakar/roti telur/ biskut celup teh
tak perlu sampai uli tepung, buat doh macam kek tu.. ni paling senang, bakar roti dan sapukan jem, dorina or whatsoever. biskut celup teh always my favourite. takkan buat teh pun tak tau kot huhuhu. dan hopefully bekalan teh kat rumah tak pernah terputus *sobs*

#9. ha spagethi bolognese !
ni kacang gila beb..(berlagak gila kan) hahaha. rebuskan spageti lalala smpai lembut and prepare kuah bolognese and youre done! fuhh. tak sempat berpeluh hehe. kalau takde kuah bolognese kat rumah tu, ha guna tomato. sentiasa ada penyelamat :')

#10. buat lah bubur
hopeless sangat dah. kalau kat kampung, untung badan boleh la kutip durian kat luar tu, buat bubur durian. bubur chacha ke atau bubur nasi. done! 

tidak pernah lapar dirumah. 

بَيْتِيْ جَنَّتِيْ  

rumahku syurgaku...

saya tak letakkan maggi okay, sebab ayahanda saya banned makanan tersebut.

toodles !

Thursday 6 August 2015

cuti sem kat rumah

Thursday 6 August 2015
hai. bosan duduk kat rumah lama2?

pastu ibu tak bagi kerja sebab katanya nanti dah susah nak dapat cuti panjang macam ni??

pengalaman: berada di rumah sepanjang cuti sem and even masa cuti sebelum masuk asasi dan degree.

can you imagine? betapa bosan nya dirumah..tak dibenarkan kerja dan berseronok, berjimba, join kelas menjahit, join ni join tu...

sampai satu tahap, rasa nak mengamuk juga!


aku ada tips..memandangkan aku banyak pengalaman. sigh

#aktiviti 1: bela haiwan peliharaan

#aktiviti 2: tanam pokok

#aktiviti 3: menghafaz Al-Quran

#aktiviti 4: cuci kereta ibuayah

#aktiviti 5: main online game

#aktiviti 6: belajar bahasa baru/ pelajari ilmu baru

#aktiviti 7: kemas almari baju !

#aktiviti 8: Tulis karya/ blog

#aktiviti 9: sertai bisnes online

#aktiviti 10: mencuba resepi baru


tu jela kot. selesai membebel (tengah buat aktiviti 8)

imaginasi

hai, saya sukakan imaginasi. saya boleh panjangkan cerita yang pendek.

seperti orang yang patah kaki boleh koma, nazak dan mati.

moral story nya disini ialah,

tiada.

the end. huhu


adakah ini juga sepotong puisi? imaginasi~

aktiviti cuti sem 2

hai terasa nak post tentang aktiviti masa cuti saya.

saya menghantar dan menjemput adik saya daripada sekolah setiap hari.

the end. huhu
Amira's Blog © All Rights Reserved. 2010-2020