Tuesday, 7 March 2017

Review Blog sebagai Hadiah

Tuesday, 7 March 2017
Salam and selamat pagi. first of all, iols mohon maaf sebab busy dan asyik tak sempat nak melunaskan apa yang den dah janji hehe. Hadiah berupa Review Blog bagi 2 pemenang sempena segmen GiveAway Elsa. Blog yang nak direview ni ada dua, blog Aisyah dan Sis Hawa. Bukan lah aku ni hebat sangat sampai ada power nak review blog orang, tapi mengikut spek dan step aku akan review jugak! hahaha.

First is blog Sis Hawa

1. Kecepatan Web
laju boleh tahan. hahaha. ni pengamatan secara manual. takde guna mesin atau apps pengesan kelajuan tu. biarlah aku sendiri yang menilai. lebih ikhlas cewah. hahah

2. First Impression Aku
nampak memang cantik, dan bukan blog yang sekadar wujud. aku nampak blog ni sentiasa diupdate, kemas dan dia punya theme pun very neat. header sangat comel dan sesuai.

3. Pemilihan warna, font
warna very soft, aku suka. font pun just nice. orang kata nampak dan mudah dibaca. takde berselirat dan seperti signature sepanjang jalan.

4. Content Blog
sensasi, menggemparkan dan terbaru hahaha. ada satu tajuk tu macam wow sangat, contoh nya "Nuffnang tak pandang aku" hahaha. macam suspen sungguh. pandai betul sis ni bikin tajuk2 yang menarik perhatian. bahasa pun bersahaja dan mudah difahami. hehe

5. 3 hal yang menarik perhatian
Header
Blog Tempahan & Tutorial
Theme Blog

Second blog Sis Aisyah


1. Kecepatan Web
blog sis Aisyah lambat sikit, aku percaya sebab widget2 dan iklan nuffnang tu kot. tapi aku kagum sebab aku boleh nampak tabung aji tu dimana mana. kalau pengunjung tak click tak tahu lah hehe. tapi kan, nampak lah tuan blog ni sebenarnya gigih dan berfikiran jauh. (tafsir sebalik nuffnang) 😂

2. First Impression Aku
whoa... purple! dan terus tahu nama tuan blog ni. pastu nampak tempat sewa iklan. pandai sungguh sis Aisyah ni mencari peluang menjana pendapatan. so amaze! pastu dia pun awal2 dah provide nama emel nya. easy to reach jugak.

3. Widget yang menarik perhatian
Well, tak boleh disorok lagi, nuffnang hahahaha

4. Pemilihan warna, font
soft purple, aku suka. tak menjolok mata. Font pun sangat mesra pembaca. cewah mesra tu. but yeah easy to see and read. cara penulisan pun sangat sesuai mengikut gaya dan kehendak penulis. bila nak italic nya, bila nak bold nye.

5. Content Blog
bahasa ringan dan bersahaja, mudah difahami. penuh tips, luahan perasaan, pendapat, fiksyen dan macam-macam lagi hehe. blog ni memang bagus untuk dibaca tau. hehe.

6. 3 hal yang menarik perhatian
iklan nuffnang
Theme
Ruangan Author hehe


Mohon Maaf dan semoga ditegur sekiranya  review ni mengundang kemarahan para blogger atau tuan blog sendiri. Sekian saja dari saya Amira Puteri Kerajaan Pasir Berdengung hehehe

Saturday, 4 February 2017

Dunia

Saturday, 4 February 2017
penat dengan manusia punya sifat dan sikap.

suka melihat kekurangan dan kecacatan

tidak cukup itu, dikomen komen, dikata-kata

hanya mampu pekak dan diamkan.

minta jauh dari aku merasakan diri ini sempurna

semoga  mendapat ibrah dan pengajaran.

semoga aku juga sentiasa mendapatkan hidayah itu.

Amin

Tuesday, 24 January 2017

praktikal ):

Tuesday, 24 January 2017
salam semua. hi. tak sangka praktikal ni macam ni.. bosan dan erm terlalu dewasa.

----OFF RECORD---

baru 2 hari berlalu. syukur praktikal kos ni 2 bulan je. so ada lagi 7 minggu 3 hari. argh. kalau sepanjang semester a.k.a 4 bulan ke.. jenuh aku. memang tak boleh apply firma kecik, pening jadinya. tapi syukur tang orang2 disitu sangat baik dan so sweet. dorang sangat baik lah! belikan breakfast, treat lunch, caring and many more. sangat memahami budak praktikal ini.

despite semua keburukkan2 praktikal ni, aku yakin ada lagi 1000 hikmah dan kebaikkan yang tersorok yang aku tak nampak and maybe berguna in future. semoga aku berjaya melepasi praktikal dengan jaya dan dapat markah terbaik untuk PRACTICAL TRAINING amin. hmm to supervisor, please, give me full marks. kbai. mmuah

Thursday, 19 January 2017

yeay Clay Mask !

Thursday, 19 January 2017
hi people.. semalam aku happy sangat2 sebab lepas dah 2/3 hari meninjau clay mask yang offer harga terbaik dan memuaskan hati aku. puas lah cari macam2 brand ada dekat instagram tu. Mary Jardin lah, ini lah itu lah. of course harga nya variasi lah juga. ada yang murah and ada yang mahal. memang berkira sikit kalau pilih2 produk ni. sebab penting kan! untuk muka kita. lepas tu biar lah padan kalau nak letak harga mahal pun. macam minyak argan kan, ada je yang murah.. at the end aku ambik Mora Argan Oil Mira Filzah yang mahal tu juga. well, siapa berjaya puaskan hati aku, dia lah yang terpilih.

so ceritanya, lepas beberapa hari tengok2 tinjau2 kat ig tu, masih lagi tak puas hati. so semalam lepas habis paper final, singgah Aeon Klebang sekejap.. dengan takdir Allah aku dipertemukan dengan Jeju Clay Mask from Always 21. Ahh >.<

Menggoda..
Rasa puas hati sangat
harga dia kat Always 21 semalam RM 56 tak silap. tak terlalu murah dan tak juga mahal sangat. well, selepas survey beberapa jenama and product kan. tapi nak kata rezeki dan menguatkan lagi untuk aku setuju ambik produk ni ialah.. semalam ada promosi pulak.. beli ni dapat lagi satu scrub lemon dan 3 losyen comel free from Always 21 dengan total harga RM 58 sahaja! Ahh bahagia lagi haha.

tak cari tiba2 dapat hehe

lotion dapat free 3 je. normal price RM 19 :D
so ada scrub, ada mask and lotion tangan pada harga RM 58 :D seronok! rasa macam big achievement je. lotion belum try. tapi scrub and clay mask dah cuba memang best gila ! scrub lembut gila, tak menyakitkan macam certain scrub tu pastu bau pun just nice. tak wangi sangat and yang paling penting tak busuk hahaha. clay mask jangan tanya. tak bau pape. haha best serius best. lepas pakai rasa fresh and pori nampak lah makin kecil. the best. oh my god. scrub and mask ni pakai at least 2kali je seminggu, jangan kerap sangat ok. insyaAllah berseri2 muka ugais. ok done share keterujaan. hahaha

CEPAT SEMUA MASIH SALE



Amira's Blog © All Rights Reserved. 2010-2018