Saturday, 15 September 2018

Pasca Bersalin

Saturday, 15 September 2018
Alhamdulillah dah 2 bulan usia puteriku 'Aisyah. Genap 2 bulan haritu dah masuk kerja semula mengajar di pusat tuisyen. Belajar - belajar tinggal anak selama dua jam suami jaga kat rumah. Sedihnya huhu. Memang tak lah update pasal bersalin and tempoh berpantang sebab terlalu ekstrim kalau baca disini pun. hahahaha. pengalaman terbaik apa pun. Alhamdulillah.

Tempoh berpantang best, ibu jaga adik jaga suami jaga Aisyah buli huwaaaa... masih full and exclusive breastfeeding. Ada pam sikit sebagai bekalan sepanjang aku mengajar... Doakan moga kami terus kuat istiqamah dan berjaya hingga dia berusia 2tahun mudah-mudahan. Semoga murah rezeki kami anak beranak dan sihat selalu hendaknya.

'Aisyah mmg sangat baik, behave, tak meragam, senang dibawa berjalan ! tu yang ibu dan abah suka sangat sangat sangat. hehehehe

Well post kalini macam curhat monolog pulak. entah lah. semoga ceria selalu wahai pembaca.
Coretan ibu 'Aisyah..

Monday, 11 June 2018

Pengalaman menjadi guru tuisyen

Monday, 11 June 2018
Hi, harini nak share pengalaman jadi cikgu tucen. nak share tapi malas nak type. macam mana tu hehe. okay mula-mula macam mana aku apply kerja ni. So masa tu tengah scroll facebook cinta muka buku kemudian nampak satu iklan hee. mencari guru tuisyen, so aku pun pm orang tersebut dan menyatakan hasrat ingin mencuba cewah. memang zero knowledge dan bukan bidang pendidikan.

so whatsapp and pm pm semua, satu sesi interview dan tarikh mock teaching dipilih (untuk melihat kebolehan mengajar aku) huhu. So dtg interview and passed the mock teaching. Alhamdulillah masa tu pun anak murid bagi rate baik punya hehe. thank you k korang. hahaha

ok aku apply tu guna sijil SPM je. ijazah apa semua tak perlu sebab nak mengajar budak SPM ke bawah kan. So yeah, lulus interview, mock teaching, SPM pun alhamdulillah cantik la juga.. so aku pun dapat lah mula mengajar kat situ. mula mula subjek matematik dan sains. kemudian dah ada cikgu baru lain juga yang lebih layak mengajar matematik, aku dikhususkan untuk mengajar subjek sains :D

Kelas dia start pukul 8 hingga 10 setiap malam kecuali Sabtu dan Ahad. Satu kelas hanya berdurasi satu jam. Gitu.. Kalau lama lama pun tepu juga budak dan cikgu. Setiap cikgu dan pelajar mesti kena bersedia sebelum kelas bermula, cikgu kena sediakan bahan mengajar seminggu awal tau ! dan letakkan bahan dalam fail guru untuk diselia dan pantau. Ikut silibus terbaru ke zaman tuk kaduk kan. Cikgu kena make sure bahan tu selari dengan apa yang ditetapkan oleh kementerian. Ha perkara serius ni. mengajar bukan benda main main bak kata pengurus pusat tuisyen aku huhu. garang

Aku dibayar RM 20 untuk satu kelas.. ni untuk cikgu -cikgu yang pengalaman belum cukup setahun pun lagi, baru sangat graduate nya pun. Ada guru yang berpengalaman dan mmg mengajar disekolah mampu mendapat sehingga RM 50 satu kelas.. Cuba kira setiap kelas dan setiap empat minggu dalam sebulan dia mampu dapat berapa. Hiks. Okay mengajar kena ikhlas, jangan fikir duit je okay. hahaha. Untuk yang mengisi masa lapang macam aku ni okaylah. Selain dapat menimba pengalaman and duit poket, aku dapat juga merasa macam mana seorang guru berbakti pada anak bangsa. cewah. like my mom and mom in law. both are teachers :)

anak-anak murid masa mula -mula tu memang buat aku sakit kepala dan pening. diorang macam saja pulak buat perangai, maklumlah cikgu baru.. ni untuk murid tahun 6 ya.. bising tak hingat YaAllah. Sabar jelah.. tapi makin lama alhamdulillah aku dah bertambah skill mengawal kelas dan budak budak. Sudahnya nak berpisah pun sedih huhu. Semoga kalian berjaya dalam peperiksaan UPSR tahun ni okay.. InsyaAllah..

Bulan ni aku dah start cuti raya dan cuti sebelum bersalin. Kalau ada rezeki lepas pantang boleh sambung mengajar lagi :D Terima kasih anak murid dan pusat tuisyen atas pengalaman berharga ni. sobs.. 

Sekian..........
Amira's Blog © All Rights Reserved. 2010-2018