Wednesday, 14 October 2015

isu kebanjiran warga asing

Wednesday, 14 October 2015
hai korang, tiba-tiba rasa nak share ilmu ni. ilmu hubungan antarabangsa yang diperolehi daripada Sir Bad. Nama beliau Badrul sebenornya.. okay macam ni.

korang mesti tak suka dengan kehadiran warga asing yang membanjiri negara kita kan? tapi kenapa kerajaan masih membenarkan mereka masuk? (yelah, kalau tak sekat tu maknanya membenarkan lah kan?) okay bismillah..

negara2 maju, seperti US, Japan, dan lain2.. mereka mencari tempat atau negara yang dapat menyediakan tenaga buruh yang murah sebagai pelaburan dan hasil yang lebih lumayan. Dahulu nya, Malaysia memang antara sebuah negara yang sesuai.. zaman Tun Mahathir dulu, banyak kilang2 yang masuk dan ramai juga rakyat negara kita mendapat peluang pekerjaan..

akan tetapi, berlaku peredaran masa dan peningkatan teknologi dan sebagainya. Rakyat2 malaysia juga meningkat dari segi education. mereka sudah berpendidikan dan "harga" mereka sudah meningkat. Oleh hal yang demikian, sudah tidak relevan lagi, kilang2 tersebut untuk stay di negara kita ini. sebab, harga buruh sudah meningkat,

Negara kita juga tak nak rugi, xnak kilang2 yang jadikan sumber pendapatan negara turut lari...jadi kita benarkan warga asing untuk berkeja disini untuk menggantikan buruh2 malaysia yang sudah "mahal" hihihihi...

untuk mendapatkan sesuatu, kita harus melepaskan sesuatu... jika salah fahaman saya ini, minta dibetulkan. terima kasih :D

No comments:

Post a Comment

Tambah link blog, insyaAllah saya singgah :D

Amira's Blog © All Rights Reserved. 2010-2016