السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
hai. siapa setuju kalau stay dkt rumah tak pernah kebuluran? hehe
saya setuju sangat2. Asalkan kita ni bijak menggunakan apa saja ingredient2 kat dapur tu. even cili padi pun boleh jadi satu hidangan nak.
janganlah kalau mak, mama, ibu tak masak satu haritu, kita hilang arah, hilang oksigen dan terputus bekalan hayat. (ni untuk anak dara yang tak reti ke dapur selalu)
okeh, saya akan share kan beberapa menu mudah dan ringkas dengan bahan yang terhad hehe. poyo je :P
# 1. sambal
okey ini yang saya katakan tadi, even dengan cili je kita boleh hasilkan satu hidangan iaitu sambal. siapa tak suka sambal? takde kan. yang orang duk risau pedas tak pedas. kita yang masak, kita kawal lah kepedasan tu. hehe. (tahu kan mcm mana nak masak sambal, make sure pecah minyak ye)
#2. ikan bilis/ ikan masin
ikan bilis ni sedap kalau digoreng bukan? makan lah dengan sambal tadi tu... mesti ada jugak stok ikan bilis belum bergoreng kan? so be creative. jangan kata takde benda untuk dimakan. mesti ada punyaaa huhu.
#3. telur ayam
ini paling legend dan menjadi kegemaran hampir semua orang, dari muda hinggalah ke tua. kadang2 simple sangat nasi telur kicap tapi tu lah yang buat tambah dua pinggan tu haha. selain kicap,kalau rajin sikit makan dengan sambal atau sos cili.
#4. Pes tomyam/kiub2 bilis
ni gunanya untuk buat kuah. takkan lah kalau seminggu duduk rumah sewa tu, seminggu tu lah awak awak semua bedal nasi goreng telur hari2. tahu tak makan telur hari2 ni boleh menggemukkan ? huhuhu.. sesekali tu buat lah tomyam sayur ke sup sayur ke. kan?
#5. goreng nasi/kuewteow/mee itu ><
ataupun kita gorengkan nasi tu jadi nasi goreng.. yummy.. tumis lah bawang dan rencah sendiri. jangan ingat perencah yang jual kat kedai tu je boleh buat nasi goreng ok. huhu
#6. ayam/ikan/sotong/udang bakar
ini memang favourite saya! masa saya belum pandai memasak hidangan yang berkuah dan vogue2 tu, saya ambil langkah mudah saja. perapkan ayam dengan serbuk kari dan kemudian grill kan selama 30 minit. lepas tu terus makan! nyum3..sedap pun sedap, masak sudah tentu!
#7. salad
ini potong2 je dan tabur kan mayonis weee... favourite saya, salad potato.. rebus je kentang sampai lembut and tabur sayur-2sayuran, perah lemon, gaul dengan mayonis letak daun2 parsely, atau bawang and tadaaa! ready to eat! :D
#8. roti bakar/roti telur/ biskut celup teh
tak perlu sampai uli tepung, buat doh macam kek tu.. ni paling senang, bakar roti dan sapukan jem, dorina or whatsoever. biskut celup teh always my favourite. takkan buat teh pun tak tau kot huhuhu. dan hopefully bekalan teh kat rumah tak pernah terputus *sobs*
#9. ha spagethi bolognese !
ni kacang gila beb..(berlagak gila kan) hahaha. rebuskan spageti lalala smpai lembut and prepare kuah bolognese and youre done! fuhh. tak sempat berpeluh hehe. kalau takde kuah bolognese kat rumah tu, ha guna tomato. sentiasa ada penyelamat :')
#10. buat lah bubur
hopeless sangat dah. kalau kat kampung, untung badan boleh la kutip durian kat luar tu, buat bubur durian. bubur chacha ke atau bubur nasi. done!
tidak pernah lapar dirumah.
بَيْتِيْ جَنَّتِيْ
rumahku syurgaku...
saya tak letakkan maggi okay, sebab ayahanda saya banned makanan tersebut.
toodles !