Thursday, 8 October 2020

Salam perpisahan

Thursday, 8 October 2020

Alhamdulillah sudah tiba masanya untuk perpisahan. Terima kasih cikgu ucapkan pada pelajar 2Cerdik, 1Ceria, 3Cekap dan 3Cerdas untuk pengalaman yang indah, pahit dan manis ini. InsyaAllah tidak akan kulupakan kalian. Terima kasih kerana bekerjasama dengan cikgu, buat kerja yang cikgu bagi, yang tak buat tu dah kena denda dah hehe. Kerja tu bukan apa sangat tapi untuk melatih kamu supaya berdisiplin, mengutamakan apa yang utama dan secara tidak lansung mengulangkaji pelajaran. 

Cikgu hanyalah pembimbing dan pemudahcara, kamulah yang tentukan nak ikut atau pun tak. Makin lama makin kurang pengawasan terhadap diri kamu, kamu akan belajar secara sendiri..dah tak ada siapa nak awasi rapat-rapat..kalau di universiti, tak buat assignment tak ada markah, as easy as that. tak perlu lecturer nak hambat kamu untuk hantar assignment tu juga.

jadi macam yang cikgu pesan, kamu takkan malas sekarang dan terus rajin dah besar nanti. semua tu kena di latih dari awal. rajin dari sekarang..belajar urus masa dari sekarang. Selain itu, cikgu ucapkan semoga berjaya dalam hdup dunia dan akhirat...Aaameenn...


pemberian daripada pelajar 2CK


Sunday, 4 October 2020

Keceriaan Kelas sempena Hari Kemerdekaan !

Sunday, 4 October 2020

Aku menggantikan guru yang juga merupakan guru kelas. Jadi aku ada tanggungjawab tambahan dalam mengurus sebuah kelas. Contoh nya, update kehadiran dorang hari-hari secara online, tolong ingatkan bayar yuran dan bantu menceriakan kelas mereka. Selain daripada tu, aku memang suka menghias sebenarnya. So hias kelas ni bukan lah satu bebanan untuk aku tapi keseronokkan. haha.  budak-budak mulanya tak semangat lansung, awal lagi dorang dah ckap yang kelas dorang ni selalu tercorot/ terkotor, jadi apa nak buat cikgu....


lagi lah aku tercabar dan bersemangat nak membuat perubahan. haha ok ni kelas dorang pada mulanya... alas meja tak ada, susunan meja bengkang-bengkok,  bahan belakang tak up-to-date. Tak kutip duit kelas yang baru pun. Guna baki yang dorang dah kutip sebelum PKP je.. dalam RM 50 gitu yang lain duit cikgu, suami cikgu and mak cikgu ... ka-ching hahaha

Budak-budak pun nak tidur aje..


dan ini merupakan dalam progress dan selepas.

Seblum ni tak ada organisasi and jadual bertugas

Pasang skirting

Alas meja seragam

Ada bendera kecik

Bahan ni je hehe. penuhkan dengan info Malaysia Prihatin

Dari depan

Meja Guru

Sudut Nilam

In progress

Seblum pindah dua dua lokar di sebelah kanan kelas

Dah kemas tp tak berapa ceria


Sekolah ni tak benarkan apa-apa tampalan di dinding untuk menjaga kebersihan dinding. sebab sebelum ni macam-macam dah melekat kat dinding sampai buruk jadinya. 


Update: Alhamdulillah kelas kami memenangi tempat ke-2 kategori menengah rendah. Alhamdulillah!!


Saturday, 12 September 2020

Guru Ganti

Saturday, 12 September 2020

Salam selamat pagi warga pembaca blog sekalian. Since berpindah balik ke kampung after PKP haritu, aku membuat keputusan untuk menjadi guru ganti. Jawatan guru ganti ni merupakan pengalaman pertama aku. Tapi aku dah pernah mengajar tuisyen sebelum ni, jadi walaupun first time..takde lah kartun sangat kejadiannya sebab dah pernah kawal kelas and budak-budak.. ok ceritanya kita ni cikgu-cikgu mestilah ada Rancangan Pembelajaran Harian (RPH) untuk planning apa yang nak buat dalam bilik darjah dengan bebudak kan. Tapi yang tak bestnye belum tentu lagi 100% atau 20% pun mnjadi mcm RPH kau tu hahaha.. paling aku tak suka kelas bising. kalau buat karangan lagi lah, mesti sembang pasar jadinya.


Aku ganti cikgu BM yang cuti bersalin..selalu BM korang siapkan tak homework? hahaha.. macam tak je kan? unless ko suka cikgu tu or subjek tu. Mula-mula aku bagi kerja dorang asik tak buat je. tapi ada juga sorang dua yang buat. so sebagai menghargai orang yang buat kerja aku tu, aku denda yang tak buat HAHA ! lepas tu peningkatan bilngan orang yang siap kerja bertambah ! wehee. see, bukan tak boleh commit. tp saja je buat-buat sibuk budak-budak ni. dah memang kemestian homework mesti ada, walaupun subjek banyak tapi kita kena la adil dengan semua subjek. mana aci meng-anak tirikan subjek BM ni ! Walaupun kita orang melayu, nampak karangan budak-budak masih tak di peringkat menguasai jadi itulah sebab nya korang masih perlukan latihan okay ! 


kadang-kadang rasa macam rare pulak cikgu BM garang. tp takpelah, untuk kebaikan dorang juga. Semoga anak murid sementara ku mendapat kebaikan daripada apa yang telah ku ajar mereka..

Saturday, 30 May 2020

Surprise Delivery

Saturday, 30 May 2020
.
My new hobby and small business. Fully support from husband, anak, my mother and all.....the thing we called as surprise delivery. At first, ingat nak buat dari rumah je then customer pick up sendiri. tapi yelah, mostly jauh dari someone yang dorang nak surprisekan tu. so perlu juga runner or delivery man. Even mula2 fikir susah ada baby, susah nak tu ini..tapi alhamdulillah di permudahkan je.

So ibu suggest belajar dulu from someone, ibu belanja the cost and starting. tapi nak belajar tu pun kena effort gi kelas, blahblah so nope. belajar free je from youtube and improving from day to day haha.. mula mula macam problem contoh tak reti ikat belon aqua, belon Aqua tak jadi bulat tapi jadi macam kepala alienn, beli btg belon yang salah, ter over budget hahaha.. tapi mmg nak mula sesuatu mmg kena ada problem dulu kan? hee. buat iklan from instagram je, akaun (surprisebtprawang) nama pun nak focus kt tempat tinggal aku tapi serata rawang pula mesej hehe.

Sebelum ni order sendu je, sejak PKP alhamdulillah order makin meriah. Syok juga buat benda ni. Especially bila benda bouqet kita buat tu jadi elok dan cantik


5 Ferrero Roche


Untuk Twins


Close Up


Happy Birthday Kiddo !


For her mom.


5 Ferrero Rocher dengan RM 200


Campur chocolates


Untuk mak from menantu

Banyak hot air ballon bouqet tu range from RM 60, while choc box dengan foil balloon pula starts from RM 35..... ikut pada jenis chocolates. Cadburry ke toblerone, kitkat or whatsoever ikut harga. Kalau boleh suggest marketing, atau apa -apa lagi contoh supplier ke atau cara surprisekan orang boleh share pendapat di comment. So yeah, many more to make... doakan :D

Amira's Blog © All Rights Reserved. 2010-2020