Thursday, 8 October 2020

Salam perpisahan

Thursday, 8 October 2020

Alhamdulillah sudah tiba masanya untuk perpisahan. Terima kasih cikgu ucapkan pada pelajar 2Cerdik, 1Ceria, 3Cekap dan 3Cerdas untuk pengalaman yang indah, pahit dan manis ini. InsyaAllah tidak akan kulupakan kalian. Terima kasih kerana bekerjasama dengan cikgu, buat kerja yang cikgu bagi, yang tak buat tu dah kena denda dah hehe. Kerja tu bukan apa sangat tapi untuk melatih kamu supaya berdisiplin, mengutamakan apa yang utama dan secara tidak lansung mengulangkaji pelajaran. 

Cikgu hanyalah pembimbing dan pemudahcara, kamulah yang tentukan nak ikut atau pun tak. Makin lama makin kurang pengawasan terhadap diri kamu, kamu akan belajar secara sendiri..dah tak ada siapa nak awasi rapat-rapat..kalau di universiti, tak buat assignment tak ada markah, as easy as that. tak perlu lecturer nak hambat kamu untuk hantar assignment tu juga.

jadi macam yang cikgu pesan, kamu takkan malas sekarang dan terus rajin dah besar nanti. semua tu kena di latih dari awal. rajin dari sekarang..belajar urus masa dari sekarang. Selain itu, cikgu ucapkan semoga berjaya dalam hdup dunia dan akhirat...Aaameenn...


pemberian daripada pelajar 2CK


No comments:

Post a Comment

Tambah link blog, insyaAllah saya singgah :D

Amira's Blog © All Rights Reserved. 2010-2020