Showing posts with label Ambition. Show all posts
Showing posts with label Ambition. Show all posts

Tuesday, 2 August 2016

Alhamdulillah

Tuesday, 2 August 2016
seminggu jugak lahhh..setelah berjanggut ya tuan puan sekalian... akhirnya penantian ku berakhir...selamat sampai pun stokin and handsock nya. ini lah yang dipanggil dugaan berniaga. dugaan pertama. Checked!




akan mula dijual pada esok hari. insyaAllah.. moga-moga ada sambutan

Wednesday, 27 July 2016

Business !

Wednesday, 27 July 2016
"alhamdulillah, beberapa minit yang lepas aku telah melakukan sesuatu...."

"sesuatu ??"

"ye ! aku borong stoking dan handsock untuk dijual semula. yeyahh !"


first barang yang aku jual mungkin ? sepanjang hidup ni..nak sangat jadi businesswoman tau
harap harap, mudah-mudahan dengan bantuan Allah. Amin


setakat ni, baru je order. barang pun belum dapat. excited terlebih pulak hehe.
esok nak bayar cecepat! tak sabar nak menjual dan menega... InsyaAllah !!

Di tambah pulak dengan hadith yang begitu MaSyHoor iaitu: lafaznya,

حَدَّثَنَا خَالِدُ بْنُ عَبْدِ اللَّهِ ثنا دَاوُدُ بْنُ أَبِي هِنْدَ عَنْ نُعَيْمِ بْنِ عَبْدِ الرحمن قال بَلَغَنِي أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ تِسْعَةُ أَعْشَارِ الرِّزْقِ فِي التِّجَارَةِ. وقال نُعَيْمٌ: كسب الْعُشْرِ الْبَاقِي فِي السَّائِمَةِ يَعْنِي الْغَنَمَ

Maksudnya: Kata Nuaim bin Abd Rahman: telah sampai kepadaku bahawa Nabi saw bersabda: 9/10 daripada rezeki (datangnya) dari perniagaan. Kata Nuaim: 1/10 yang berbaki (dari rezeki) datang dari pengembalaan yakni gembala kambing.

- Lafaz ini diriwayatkan oleh Musaddad dalam musnadnya (Lihat: Ibn Hajar, al-Matalib al-'aliah, jld. 7, hal. 352)


SEMOGA APA YANG KU TELAH MULAKAN INI BERHASIL. AMIN

p/s: SUPPORTER KUAT - encik ayah dan puan ibu
terima kasih 

Friday, 19 February 2016

cantik, minat, suka dan cita2

Friday, 19 February 2016
hello semua, sejak aku tengok episod2 akhir Cinta Si Wedding Planner (maklumla baru cuti sem sebab tu tengok episod2 akhir je) aku rasa heroin nya si MIRA FILZAH cantik dan sangat manis orangnya hewhew. sebelum ni dengar nama mira filzah tu buat tak tau je..sebab belum kenal.

lepas tu rajin lah stalkstalk mira filzah di insta, dapat pulak tengok aktiviti2 and bisnes yang dia tengah aktif sekarang. Contohnya, jual shawl MF dan MORA essential. My friend cakap dia dulu asasi law di Shah Alam. So, ada satu persamaan dengan aku hehehe... tapi untuk degree dia pilih untuk sambung dalam bidang bisnes. aku rasa memang hebatlah dia berbisnes since namanya tengah naik. orang lebih terpandang dan percaya dengan produk2 beliau even mahal.

contoh mcm aku sendiri. aku dah pakai pun produk kecantikkan dia, Mora essential argan oil. setakat harini baru 3 hari pakai. belum nampak kesan dia lagi.. and aku pun xlah banyak sangat masalah muka hehe.. cuma ada sikit2 jerawat nakal yang comel di pipi. xpasti stress study atau stress bercinta. GURAU JER!

>.<

aku beli ni sebab memang aku xpernah officialy jaga muka aku bebetul...xde pun pencuci muka yang fixed atau jadual mencuci muka secara rutin. ikutlah, kalau aku rajin aku cuci.. tapi semenjak umur dah naik ni, ada lah sikit kesedaran nak jaga sikit2. sapu argan oil ni je. aku suka lagi satu sebab product ni organic, xde lah muka kita rosak dengan lebih cepat kalau pakai product2 yang ada chemical tu. harga nya RM60, bagi aku mahal lah sebab aku xde gaji. tapi duit tu ada la dalam bank.. duit elaun mak bapak kasi.. cuma kena makesure lah perbelanjaan ni penting atau tak perlu pun.

aku nak sangat berjaya mcm mira filzah even aku xambik bisnes, aku harap jalan aku smooth juga mcm beliau.. dulu dah penat nangis guling2 sebab xdapat jadi cik lawyer. harap dapat menjadi seorang pensyarah yang berkaliber dan berwibawa huhuhu... nanti aku nak buka restoren yang jual harga student. boleh jugak aku nak paksa student2 aku suruh makan kedai aku HAHAHA. itulah yang dicita-citakan setakat ini. sambil makan gaji buta, ada juga extra income dari kedai makan disamping menolong student (eleh) heheh...bye :))

Friday, 11 September 2015

Apa itu Setiausaha Syarikat ?

Friday, 11 September 2015
Salam, okay hari ni kita sembang ilmiah, sembang kerjaya insyaAllah. Mula-mula isi course pentadbiran korporat ni, aku pun tak tahu untuk apa, cuma yang menarik minat aku nama fakulti la kot. (Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi). lagipun aku kan masa tu lepasan Asasi Undang-Undang, jadi kecenderungan tu lebih pada undang-undang dan polisi. lebih kurang gitu la. sebenarnya masa tu nak jugak hubungan antarabangsa. tapi tak pelah, tak baik tamak. haha

okay, course ni ialah preparation untuk melahirkan bakal-bakal setiausaha syarikat. (waktu menulis post ni, aku masih lagi belajar dan belajar so sebarang kesalahan mintak tegur ye) terima kasih in advance !

so apa itu Setiausaha Syarikat ? jangan confius dengan setiausaha bos ye.
(pinjam eh Pn Ainon)
penting tauu

in fact, setiap syarikat mesti ada sekurang-kurang nya seorang setiausaha syarikat. Setiausaha Syarikat ni diperlukan untuk mengesahkan segala dokumen syarikat supaya sah disisi undang-undang. So, penting lah kan untuk orang yang duduk pada posisi ini untuk mengetahui selok-belok AOA dan MOA syarikat masing-masing. Selain tu, handle meeting. tak kisah la AGM/ meeting luar biasa. ha hebat kan? setiausaha syarikat ni bukan saja kena pandai law tapi jugak pandai baca penyata akaun semua. Peranan & Tanggungjawab setiausaha syarikat berubah dari masa ke semasa mengikut perkembangan industri dan sebagainya. untuk huraian atau info lebih lanjut, sila pergi ke laman web yang lebih ber authority. haha. entry ni untuk kesedaran tuan blog khususnya, supaya dia tahu ke mana dia melangkah dan apa yang dia belajar.

Sekian, wassalam


Amira's Blog © All Rights Reserved. 2010-2020