Salam, okay hari ni kita sembang ilmiah, sembang kerjaya insyaAllah. Mula-mula isi course pentadbiran korporat ni, aku pun tak tahu untuk apa, cuma yang menarik minat aku nama fakulti la kot. (Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi). lagipun aku kan masa tu lepasan Asasi Undang-Undang, jadi kecenderungan tu lebih pada undang-undang dan polisi. lebih kurang gitu la. sebenarnya masa tu nak jugak hubungan antarabangsa. tapi tak pelah, tak baik tamak. haha
okay, course ni ialah preparation untuk melahirkan bakal-bakal setiausaha syarikat. (waktu menulis post ni, aku masih lagi belajar dan belajar so sebarang kesalahan mintak tegur ye) terima kasih in advance !
so apa itu Setiausaha Syarikat ? jangan confius dengan setiausaha bos ye.
(pinjam eh Pn Ainon)
|
penting tauu |
in fact, setiap syarikat mesti ada sekurang-kurang nya seorang setiausaha syarikat. Setiausaha Syarikat ni diperlukan untuk mengesahkan segala dokumen syarikat supaya sah disisi undang-undang. So, penting lah kan untuk orang yang duduk pada posisi ini untuk mengetahui selok-belok AOA dan MOA syarikat masing-masing. Selain tu, handle meeting. tak kisah la AGM/ meeting luar biasa. ha hebat kan? setiausaha syarikat ni bukan saja kena pandai law tapi jugak pandai baca penyata akaun semua. Peranan & Tanggungjawab setiausaha syarikat berubah dari masa ke semasa mengikut perkembangan industri dan sebagainya. untuk huraian atau info lebih lanjut, sila pergi ke laman web yang lebih ber authority. haha. entry ni untuk kesedaran tuan blog khususnya, supaya dia tahu ke mana dia melangkah dan apa yang dia belajar.
Sekian, wassalam
No comments:
Post a Comment
Tambah link blog, insyaAllah saya singgah :D