Thursday, 8 October 2020

Salam perpisahan

Thursday, 8 October 2020

Alhamdulillah sudah tiba masanya untuk perpisahan. Terima kasih cikgu ucapkan pada pelajar 2Cerdik, 1Ceria, 3Cekap dan 3Cerdas untuk pengalaman yang indah, pahit dan manis ini. InsyaAllah tidak akan kulupakan kalian. Terima kasih kerana bekerjasama dengan cikgu, buat kerja yang cikgu bagi, yang tak buat tu dah kena denda dah hehe. Kerja tu bukan apa sangat tapi untuk melatih kamu supaya berdisiplin, mengutamakan apa yang utama dan secara tidak lansung mengulangkaji pelajaran. 

Cikgu hanyalah pembimbing dan pemudahcara, kamulah yang tentukan nak ikut atau pun tak. Makin lama makin kurang pengawasan terhadap diri kamu, kamu akan belajar secara sendiri..dah tak ada siapa nak awasi rapat-rapat..kalau di universiti, tak buat assignment tak ada markah, as easy as that. tak perlu lecturer nak hambat kamu untuk hantar assignment tu juga.

jadi macam yang cikgu pesan, kamu takkan malas sekarang dan terus rajin dah besar nanti. semua tu kena di latih dari awal. rajin dari sekarang..belajar urus masa dari sekarang. Selain itu, cikgu ucapkan semoga berjaya dalam hdup dunia dan akhirat...Aaameenn...


pemberian daripada pelajar 2CK


Sunday, 4 October 2020

Keceriaan Kelas sempena Hari Kemerdekaan !

Sunday, 4 October 2020

Aku menggantikan guru yang juga merupakan guru kelas. Jadi aku ada tanggungjawab tambahan dalam mengurus sebuah kelas. Contoh nya, update kehadiran dorang hari-hari secara online, tolong ingatkan bayar yuran dan bantu menceriakan kelas mereka. Selain daripada tu, aku memang suka menghias sebenarnya. So hias kelas ni bukan lah satu bebanan untuk aku tapi keseronokkan. haha.  budak-budak mulanya tak semangat lansung, awal lagi dorang dah ckap yang kelas dorang ni selalu tercorot/ terkotor, jadi apa nak buat cikgu....


lagi lah aku tercabar dan bersemangat nak membuat perubahan. haha ok ni kelas dorang pada mulanya... alas meja tak ada, susunan meja bengkang-bengkok,  bahan belakang tak up-to-date. Tak kutip duit kelas yang baru pun. Guna baki yang dorang dah kutip sebelum PKP je.. dalam RM 50 gitu yang lain duit cikgu, suami cikgu and mak cikgu ... ka-ching hahaha

Budak-budak pun nak tidur aje..


dan ini merupakan dalam progress dan selepas.

Seblum ni tak ada organisasi and jadual bertugas

Pasang skirting

Alas meja seragam

Ada bendera kecik

Bahan ni je hehe. penuhkan dengan info Malaysia Prihatin

Dari depan

Meja Guru

Sudut Nilam

In progress

Seblum pindah dua dua lokar di sebelah kanan kelas

Dah kemas tp tak berapa ceria


Sekolah ni tak benarkan apa-apa tampalan di dinding untuk menjaga kebersihan dinding. sebab sebelum ni macam-macam dah melekat kat dinding sampai buruk jadinya. 


Update: Alhamdulillah kelas kami memenangi tempat ke-2 kategori menengah rendah. Alhamdulillah!!


Saturday, 12 September 2020

Guru Ganti

Saturday, 12 September 2020

Salam selamat pagi warga pembaca blog sekalian. Since berpindah balik ke kampung after PKP haritu, aku membuat keputusan untuk menjadi guru ganti. Jawatan guru ganti ni merupakan pengalaman pertama aku. Tapi aku dah pernah mengajar tuisyen sebelum ni, jadi walaupun first time..takde lah kartun sangat kejadiannya sebab dah pernah kawal kelas and budak-budak.. ok ceritanya kita ni cikgu-cikgu mestilah ada Rancangan Pembelajaran Harian (RPH) untuk planning apa yang nak buat dalam bilik darjah dengan bebudak kan. Tapi yang tak bestnye belum tentu lagi 100% atau 20% pun mnjadi mcm RPH kau tu hahaha.. paling aku tak suka kelas bising. kalau buat karangan lagi lah, mesti sembang pasar jadinya.


Aku ganti cikgu BM yang cuti bersalin..selalu BM korang siapkan tak homework? hahaha.. macam tak je kan? unless ko suka cikgu tu or subjek tu. Mula-mula aku bagi kerja dorang asik tak buat je. tapi ada juga sorang dua yang buat. so sebagai menghargai orang yang buat kerja aku tu, aku denda yang tak buat HAHA ! lepas tu peningkatan bilngan orang yang siap kerja bertambah ! wehee. see, bukan tak boleh commit. tp saja je buat-buat sibuk budak-budak ni. dah memang kemestian homework mesti ada, walaupun subjek banyak tapi kita kena la adil dengan semua subjek. mana aci meng-anak tirikan subjek BM ni ! Walaupun kita orang melayu, nampak karangan budak-budak masih tak di peringkat menguasai jadi itulah sebab nya korang masih perlukan latihan okay ! 


kadang-kadang rasa macam rare pulak cikgu BM garang. tp takpelah, untuk kebaikan dorang juga. Semoga anak murid sementara ku mendapat kebaikan daripada apa yang telah ku ajar mereka..

Saturday, 30 May 2020

Surprise Delivery

Saturday, 30 May 2020
.
My new hobby and small business. Fully support from husband, anak, my mother and all.....the thing we called as surprise delivery. At first, ingat nak buat dari rumah je then customer pick up sendiri. tapi yelah, mostly jauh dari someone yang dorang nak surprisekan tu. so perlu juga runner or delivery man. Even mula2 fikir susah ada baby, susah nak tu ini..tapi alhamdulillah di permudahkan je.

So ibu suggest belajar dulu from someone, ibu belanja the cost and starting. tapi nak belajar tu pun kena effort gi kelas, blahblah so nope. belajar free je from youtube and improving from day to day haha.. mula mula macam problem contoh tak reti ikat belon aqua, belon Aqua tak jadi bulat tapi jadi macam kepala alienn, beli btg belon yang salah, ter over budget hahaha.. tapi mmg nak mula sesuatu mmg kena ada problem dulu kan? hee. buat iklan from instagram je, akaun (surprisebtprawang) nama pun nak focus kt tempat tinggal aku tapi serata rawang pula mesej hehe.

Sebelum ni order sendu je, sejak PKP alhamdulillah order makin meriah. Syok juga buat benda ni. Especially bila benda bouqet kita buat tu jadi elok dan cantik


5 Ferrero Roche


Untuk Twins


Close Up


Happy Birthday Kiddo !


For her mom.


5 Ferrero Rocher dengan RM 200


Campur chocolates


Untuk mak from menantu

Banyak hot air ballon bouqet tu range from RM 60, while choc box dengan foil balloon pula starts from RM 35..... ikut pada jenis chocolates. Cadburry ke toblerone, kitkat or whatsoever ikut harga. Kalau boleh suggest marketing, atau apa -apa lagi contoh supplier ke atau cara surprisekan orang boleh share pendapat di comment. So yeah, many more to make... doakan :D

Saturday, 15 September 2018

Pasca Bersalin

Saturday, 15 September 2018
Alhamdulillah dah 2 bulan usia puteriku 'Aisyah. Genap 2 bulan haritu dah masuk kerja semula mengajar di pusat tuisyen. Belajar - belajar tinggal anak selama dua jam suami jaga kat rumah. Sedihnya huhu. Memang tak lah update pasal bersalin and tempoh berpantang sebab terlalu ekstrim kalau baca disini pun. hahahaha. pengalaman terbaik apa pun. Alhamdulillah.

Tempoh berpantang best, ibu jaga adik jaga suami jaga Aisyah buli huwaaaa... masih full and exclusive breastfeeding. Ada pam sikit sebagai bekalan sepanjang aku mengajar... Doakan moga kami terus kuat istiqamah dan berjaya hingga dia berusia 2tahun mudah-mudahan. Semoga murah rezeki kami anak beranak dan sihat selalu hendaknya.

'Aisyah mmg sangat baik, behave, tak meragam, senang dibawa berjalan ! tu yang ibu dan abah suka sangat sangat sangat. hehehehe

Well post kalini macam curhat monolog pulak. entah lah. semoga ceria selalu wahai pembaca.
Coretan ibu 'Aisyah..

Monday, 11 June 2018

Pengalaman menjadi guru tuisyen

Monday, 11 June 2018
Hi, harini nak share pengalaman jadi cikgu tucen. nak share tapi malas nak type. macam mana tu hehe. okay mula-mula macam mana aku apply kerja ni. So masa tu tengah scroll facebook cinta muka buku kemudian nampak satu iklan hee. mencari guru tuisyen, so aku pun pm orang tersebut dan menyatakan hasrat ingin mencuba cewah. memang zero knowledge dan bukan bidang pendidikan.

so whatsapp and pm pm semua, satu sesi interview dan tarikh mock teaching dipilih (untuk melihat kebolehan mengajar aku) huhu. So dtg interview and passed the mock teaching. Alhamdulillah masa tu pun anak murid bagi rate baik punya hehe. thank you k korang. hahaha

ok aku apply tu guna sijil SPM je. ijazah apa semua tak perlu sebab nak mengajar budak SPM ke bawah kan. So yeah, lulus interview, mock teaching, SPM pun alhamdulillah cantik la juga.. so aku pun dapat lah mula mengajar kat situ. mula mula subjek matematik dan sains. kemudian dah ada cikgu baru lain juga yang lebih layak mengajar matematik, aku dikhususkan untuk mengajar subjek sains :D

Kelas dia start pukul 8 hingga 10 setiap malam kecuali Sabtu dan Ahad. Satu kelas hanya berdurasi satu jam. Gitu.. Kalau lama lama pun tepu juga budak dan cikgu. Setiap cikgu dan pelajar mesti kena bersedia sebelum kelas bermula, cikgu kena sediakan bahan mengajar seminggu awal tau ! dan letakkan bahan dalam fail guru untuk diselia dan pantau. Ikut silibus terbaru ke zaman tuk kaduk kan. Cikgu kena make sure bahan tu selari dengan apa yang ditetapkan oleh kementerian. Ha perkara serius ni. mengajar bukan benda main main bak kata pengurus pusat tuisyen aku huhu. garang

Aku dibayar RM 20 untuk satu kelas.. ni untuk cikgu -cikgu yang pengalaman belum cukup setahun pun lagi, baru sangat graduate nya pun. Ada guru yang berpengalaman dan mmg mengajar disekolah mampu mendapat sehingga RM 50 satu kelas.. Cuba kira setiap kelas dan setiap empat minggu dalam sebulan dia mampu dapat berapa. Hiks. Okay mengajar kena ikhlas, jangan fikir duit je okay. hahaha. Untuk yang mengisi masa lapang macam aku ni okaylah. Selain dapat menimba pengalaman and duit poket, aku dapat juga merasa macam mana seorang guru berbakti pada anak bangsa. cewah. like my mom and mom in law. both are teachers :)

anak-anak murid masa mula -mula tu memang buat aku sakit kepala dan pening. diorang macam saja pulak buat perangai, maklumlah cikgu baru.. ni untuk murid tahun 6 ya.. bising tak hingat YaAllah. Sabar jelah.. tapi makin lama alhamdulillah aku dah bertambah skill mengawal kelas dan budak budak. Sudahnya nak berpisah pun sedih huhu. Semoga kalian berjaya dalam peperiksaan UPSR tahun ni okay.. InsyaAllah..

Bulan ni aku dah start cuti raya dan cuti sebelum bersalin. Kalau ada rezeki lepas pantang boleh sambung mengajar lagi :D Terima kasih anak murid dan pusat tuisyen atas pengalaman berharga ni. sobs.. 

Sekian..........

Thursday, 26 April 2018

Post Bakal Ibu

Thursday, 26 April 2018
Bila dah masuk 7 bulan ni mula lah kita hilang sabar maklumlah dah tunggu dari first trimester lagi untuk beli barang baby. sekarang ni makin kuat lah alasan dan sebab musabab nak melangkah ke kedai-kedai barang baby and shopping sakan! hehe. Beli runcit-runcit je dulu (masih bole besabo) hehe. InsyaAllah taknak bazir duit pada benda tak perlu tapi beli barang anak kalau mahal sikit asalkan elok dan berkualiti takpe kot. ibu redha anakku. cewah :D

fuhh.


Beli kat butik QQ Baby Shop, Yons Rawang and Aeon Anggun. Ada register mommys kad dekat Aeon, every first week of the month akan ada diskaun untuk baju baby tapi ibu tak sabar. terus beli dulu apa yang nak. huhu. tapi baru sikit ni jela. kalau boleh lengkapkan persediaan ke hospital dulu. takde lah hati ni risau resah dan gelisah walaupun baru 29 weeks. hehe. oh my baby


Free Sign up !


Barang Baby 
1) Baby Diapers - 10 (nak cari petpet)
2) Baju NB - 4 (2 panjang 2 pendek/ 2 lubang 2 tak lubang)
3) Minyak Telon - 1 (belum beli)
4) Baby Wipes/Wet Tissue
5) Tuala Mandi - 1
6) Stokin/Sarung Tangan Bayi - 2 set
7) Peralatan Mandi
8) Selimut/Bedung -2
9) Barut - 2
10) Topi - 2
11) Sabun Basuh before simpan dalam beg
12) Botol Susu - Standby
13) Breast Pump - Standby
14) Cotton Balls untuk tali pusat baby

Barang Ibu
1) Buku Merah
2) Kad Pengenalan
3) Telefon Bimbit
4) Baju
5) Stokin - 2
6) Kain Batik -3
7) Baju/Seluar Dalam - 5
8) Skaf Kepala/Tudung Sarung
9) Peralatan Mandi (Pencuci Muka, Berus Gigi, Ubat Gigi tambah sikat)
10) Maternity Pad/Pad Biasa - 1 pek
11) Tuala Mandi
12) Selipar -1
13) Minyak Angin
14) Air Zam Zam
15) Makanan/Minuman (Air Masak/Susu/Milo/Horlicks, Buah Kurma, Biskut, Roti)
16) Termos Air Panas
17) Bag Plastik (simpan baju busuk)
18) Baju Sejuk (Sweater) -1
19) Breast Pad
20) Nursing Bra - 4


Friday, 23 February 2018

Adobe Illustrator

Friday, 23 February 2018
Assalamualaikum hi,

setelah lama mendiamkan diri a.k.a tidak menulis, sekarang ni nak buat comeback lol. So ive learnt how to use Adobe Illustrator (finally) after sometime asyik postpone dari dulu. Actually dulu download pun tak reti nasib baik sekarang dah ada suami hehe. Okay so kerana baru sangat pandai main benda ni so teruja lah asyik fikir nak men-design ajer. so ni one of yang aku belajar, so untuk permulaan ni memang tiru meniru lah cerita dia hehe..before bebetul pandai and bikin sendiri punya. Insya Allah.

biskut nampak sedap. yummy!

aktiviti amira dirumah setelah menjadi suri rumah dan hati Encik Ammar sepanjang masa. Ini sticker konon-konon untuk jual biskut raya untuk raya tahun ni. Biskut raya butter vanilla. So doakan ya. Terima kasih. Bye !

Tuesday, 7 March 2017

Review Blog sebagai Hadiah

Tuesday, 7 March 2017
Salam and selamat pagi. first of all, iols mohon maaf sebab busy dan asyik tak sempat nak melunaskan apa yang den dah janji hehe. Hadiah berupa Review Blog bagi 2 pemenang sempena segmen GiveAway Elsa. Blog yang nak direview ni ada dua, blog Aisyah dan Sis Hawa. Bukan lah aku ni hebat sangat sampai ada power nak review blog orang, tapi mengikut spek dan step aku akan review jugak! hahaha.

First is blog Sis Hawa

1. Kecepatan Web
laju boleh tahan. hahaha. ni pengamatan secara manual. takde guna mesin atau apps pengesan kelajuan tu. biarlah aku sendiri yang menilai. lebih ikhlas cewah. hahah

2. First Impression Aku
nampak memang cantik, dan bukan blog yang sekadar wujud. aku nampak blog ni sentiasa diupdate, kemas dan dia punya theme pun very neat. header sangat comel dan sesuai.

3. Pemilihan warna, font
warna very soft, aku suka. font pun just nice. orang kata nampak dan mudah dibaca. takde berselirat dan seperti signature sepanjang jalan.

4. Content Blog
sensasi, menggemparkan dan terbaru hahaha. ada satu tajuk tu macam wow sangat, contoh nya "Nuffnang tak pandang aku" hahaha. macam suspen sungguh. pandai betul sis ni bikin tajuk2 yang menarik perhatian. bahasa pun bersahaja dan mudah difahami. hehe

5. 3 hal yang menarik perhatian
Header
Blog Tempahan & Tutorial
Theme Blog

Second blog Sis Aisyah


1. Kecepatan Web
blog sis Aisyah lambat sikit, aku percaya sebab widget2 dan iklan nuffnang tu kot. tapi aku kagum sebab aku boleh nampak tabung aji tu dimana mana. kalau pengunjung tak click tak tahu lah hehe. tapi kan, nampak lah tuan blog ni sebenarnya gigih dan berfikiran jauh. (tafsir sebalik nuffnang) 😂

2. First Impression Aku
whoa... purple! dan terus tahu nama tuan blog ni. pastu nampak tempat sewa iklan. pandai sungguh sis Aisyah ni mencari peluang menjana pendapatan. so amaze! pastu dia pun awal2 dah provide nama emel nya. easy to reach jugak.

3. Widget yang menarik perhatian
Well, tak boleh disorok lagi, nuffnang hahahaha

4. Pemilihan warna, font
soft purple, aku suka. tak menjolok mata. Font pun sangat mesra pembaca. cewah mesra tu. but yeah easy to see and read. cara penulisan pun sangat sesuai mengikut gaya dan kehendak penulis. bila nak italic nya, bila nak bold nye.

5. Content Blog
bahasa ringan dan bersahaja, mudah difahami. penuh tips, luahan perasaan, pendapat, fiksyen dan macam-macam lagi hehe. blog ni memang bagus untuk dibaca tau. hehe.

6. 3 hal yang menarik perhatian
iklan nuffnang
Theme
Ruangan Author hehe


Mohon Maaf dan semoga ditegur sekiranya  review ni mengundang kemarahan para blogger atau tuan blog sendiri. Sekian saja dari saya Amira Puteri Kerajaan Pasir Berdengung hehehe
Amira's Blog © All Rights Reserved. 2010-2020