Thursday, 8 October 2020

Salam perpisahan

Thursday, 8 October 2020

Alhamdulillah sudah tiba masanya untuk perpisahan. Terima kasih cikgu ucapkan pada pelajar 2Cerdik, 1Ceria, 3Cekap dan 3Cerdas untuk pengalaman yang indah, pahit dan manis ini. InsyaAllah tidak akan kulupakan kalian. Terima kasih kerana bekerjasama dengan cikgu, buat kerja yang cikgu bagi, yang tak buat tu dah kena denda dah hehe. Kerja tu bukan apa sangat tapi untuk melatih kamu supaya berdisiplin, mengutamakan apa yang utama dan secara tidak lansung mengulangkaji pelajaran. 

Cikgu hanyalah pembimbing dan pemudahcara, kamulah yang tentukan nak ikut atau pun tak. Makin lama makin kurang pengawasan terhadap diri kamu, kamu akan belajar secara sendiri..dah tak ada siapa nak awasi rapat-rapat..kalau di universiti, tak buat assignment tak ada markah, as easy as that. tak perlu lecturer nak hambat kamu untuk hantar assignment tu juga.

jadi macam yang cikgu pesan, kamu takkan malas sekarang dan terus rajin dah besar nanti. semua tu kena di latih dari awal. rajin dari sekarang..belajar urus masa dari sekarang. Selain itu, cikgu ucapkan semoga berjaya dalam hdup dunia dan akhirat...Aaameenn...


pemberian daripada pelajar 2CK


Sunday, 4 October 2020

Keceriaan Kelas sempena Hari Kemerdekaan !

Sunday, 4 October 2020

Aku menggantikan guru yang juga merupakan guru kelas. Jadi aku ada tanggungjawab tambahan dalam mengurus sebuah kelas. Contoh nya, update kehadiran dorang hari-hari secara online, tolong ingatkan bayar yuran dan bantu menceriakan kelas mereka. Selain daripada tu, aku memang suka menghias sebenarnya. So hias kelas ni bukan lah satu bebanan untuk aku tapi keseronokkan. haha.  budak-budak mulanya tak semangat lansung, awal lagi dorang dah ckap yang kelas dorang ni selalu tercorot/ terkotor, jadi apa nak buat cikgu....


lagi lah aku tercabar dan bersemangat nak membuat perubahan. haha ok ni kelas dorang pada mulanya... alas meja tak ada, susunan meja bengkang-bengkok,  bahan belakang tak up-to-date. Tak kutip duit kelas yang baru pun. Guna baki yang dorang dah kutip sebelum PKP je.. dalam RM 50 gitu yang lain duit cikgu, suami cikgu and mak cikgu ... ka-ching hahaha

Budak-budak pun nak tidur aje..


dan ini merupakan dalam progress dan selepas.

Seblum ni tak ada organisasi and jadual bertugas

Pasang skirting

Alas meja seragam

Ada bendera kecik

Bahan ni je hehe. penuhkan dengan info Malaysia Prihatin

Dari depan

Meja Guru

Sudut Nilam

In progress

Seblum pindah dua dua lokar di sebelah kanan kelas

Dah kemas tp tak berapa ceria


Sekolah ni tak benarkan apa-apa tampalan di dinding untuk menjaga kebersihan dinding. sebab sebelum ni macam-macam dah melekat kat dinding sampai buruk jadinya. 


Update: Alhamdulillah kelas kami memenangi tempat ke-2 kategori menengah rendah. Alhamdulillah!!


Amira's Blog © All Rights Reserved. 2010-2020